------------------------------- -------------------------------

Tuesday, June 21, 2011

PDRM tidak batal senarai hitam pesalah saman ekor

KUALA LUMPUR 20 Jun – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak bercadang membatalkan tindakan menyenarai hitam pemilik kenderaan, terutama yang terlibat dengan kesalahan trafik di bawah saman ekor.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sehingga 30 April lepas, sebanyak 11,814,008 saman ekor atau Notis Saman POL 170A masih belum dijelaskan lagi.

“Walau bagaimanapun tindakan menyenarai hitam ini ditangguhkan buat sementara waktu kerana PDRM bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Peguam Negara sedang mengemas kini prosedur berkaitan dengan tindakan tersebut,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka) pada sidang Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Tong Him ingin tahu jumlah tunggakan saman ekor yang masih belum dijelaskan serta adakah benar tindakan menyenarai hitam telah dibatalkan dan sama ada kementerian bercadang menghadapkan Orang Kena Saman (OKS) yang belum menjelaskan saman ke mahkamah.

Hishammuddin berkata, bagi pesalah trafik OKS, mereka boleh menyelesaikan saman masing-masing sama ada dengan membayar kompaun atau melalui perbicaraan di mahkamah. – Bernama




p/s: teruk la cani, sapa2 yg kantoi saman ekor tue ready2 je la takut kene blacklist naya lak =)

0 comments:

Post a Comment